Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, March 8, 2012

SBPA batal

Dalam pengumuman oleh Perdana Menteri di perhimpunan Cuepacs pagi tadi, SBPA di batalkan dan SSM diteruskan dengan penambahbaikan.

Pelarasan gaji 13% pada semua kakitangan dari gred 1 hingga gred 54, 9% untuk gred utama dan khas C, B, A, 8% untuk JUSA TURUS 3 DAN TURUS 2 dan 7% untuk JUSA TURUS 1 dan Ketua Setiausaha Negara.


Untuk kenaikan tahunan pula, gred 1 hingga gred 54 akan menerima kenaikan sebanyak RM80.00 hingga RM 320.00 mengikut gred masing-masing manakala yang lain dikekalkan mengikut peratusan yang ditetapkan dalam SSM dan gaji matrik SSM ditukar kepada sistem minimum dan maksimum.

Elaun COLA di kawasan B dan C pula dinaikkan sebanyak RM50.00 daripada nilai sebelum ini menjdikan ia masing-masing RM250.00 dan RM150.00 manakala elaun-elaun lain seperti BIBK, BIW, BIP, BISP dikekalkan mengikut perlaksanaan SSM.

Menyentuh mengenai kenaikan pangkat pula, beliau menyatakan bahawa kenaikan pangkat akan mengikut Time-based.

Satu suruhanjaya telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem yang lebih baik dalam penambahbaikan sistem gaji kakitangan kerajaan untuk masa hadapan.

PTK tetap dimansuhkan dan digantikan dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).


Umur persaraan 60 tahun dikekalkan. Gaji berkuat kuasa 1 Januari lalu dan dibayar mulai bulan ini atau April bergantung kepada jabatan masing-masing sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat.

No comments: