Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, March 13, 2012

BN akan kalah di kawasan Cina

Semasa bersembang di kedai kopi, ada member yang berbangsa cina mengutarakan topic mengenai PRU 13 yang dijangka tidak lama lagi. Dorang menyatakan bahawa ramai dikalangan pengundi Cina di negeri ini  tidak lagi menyokong kerajaan BN dan berharap dapat digantikan dengan kerajaan baru pada pilihanraya nanti.
Mereka kata tahap kesabaran orang Cina untuk BN sudah berakhir.


Dari segi penyampaian mereka nampak sangat riak tidak puas hati. Mereka mendakwa bahawa kerajaan menipu mereka dengan janji kosong. Ada juga dikalangan menteri yang meminta diberikan habuan untuk meluluskan sesuatu lesen samada perniagaan mahupun pembinaan banggunan. Aku pun tak pasti samada dakwaan mereka ini benar atau tidak sebab aku sendiri tidak pernah terlibat dengan perkara tersebut.

Melihat kepada pola penduduk, majoriti orang cina tinggal di kawasan bandar. Pada PRU lepas kebanykan bandar dikuasai oleh DAP yang mewakili kaum cina. BN perlu risau dengan situasi berlaku kerana ia akan memberi kesan besar kepada parti jika undi majoriti di kawasan bandar tidak dipecahkan. 
Post a Comment