Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Sunday, March 4, 2012

Tanah Runtuh


Semasa aku balik ke Kuching dari Sri Aman tadi, ada kejadian tanah runtuh kira-kira 1 kilometer sebelum simpang ke Sungai Tenggang. Petang tadi telah dilakukan kerja-kerja pemulihan. Jalan masih boleh dilalui tetapi perlahankan kenderaan untuk langkah keselamatan.



Dah tiba masa kerajaan mengambil langkah serius untuk membesarkan jalan ini. Lagi pun jalan ini yang di panggil Pan Borneo adalah jalan utama yang menghubungkan bandar-bandar di Sarawak sehinggalah ke Sabah dan negara Brunei. 

Dengan pertambahan kenderaan saban tahun menyaksikan laluan terpanjang di Malaysia itu semakin sesak. Lorong memotong perlu diwujudkan segera untuk keselamatan pemandu kereta apabila memotong lori yang perlahan.
Post a Comment