Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, March 6, 2012

Masa Sesuai

Masalah sosial yang berlaku di Sarawak semakin meningkat berdasarkan laporan . Laporan tersebut menunjukkan peningkatan golongan belia yang menghidap penyakit kelamin di negeri ini.
Dalam laporan itu juga menujukkan kaum Melayu dan Islam yang paling ramai.

Berdasarkan situasi di atas, badan-badan NGO harus memainkan peranan dalam mencegah penularan masalah sosial daripada semakin parah. Peranan ini juga boleh dimainkan oleh ahli politik terutama mereka yang mendakwa memperjuangkan Islam.
Inilah masa yang sesuai untuk PAS memainkan peranan dan membantu umat Islam yang bermasalah di sini dan dalam masa yang sama PAS dapat melebarkan sayap mereka di Sarawak ini. Dengan sekatan ke atas UMNO untuk bertapak di Sarawak, orang Islam di sini dilihat tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Parti berbilang kaum PBB tidak dapat menyelesaikan masalah Melayu Islam secara total kerana masih terikat dengan kaum majority yang lain terutama Iban. PAS perlu berusaha secara berterusan dan berjuang dengan ikhlas tanpa memikirkan habuan untuk menarik lebih ramai penyokong Islam di sini kerana rata-rata orang Islam di sini masih bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan dan dimomokkan dengan kisah romantis BN sehingga ‘buta mata hati’ untuk melihat perubahan yang di bawa oleh PR.

Berilah harapan kepada mereka dengan berusaha mengubah minda mereka dengan tekun dan sabar. Insyaallah kejayaan di sisi orang yang benar.

Post a Comment