Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, March 6, 2012

Diploma Kolej Vokasional

Pada 3.3.2012 yang lepas, satu perjumpaan antara guru-guru sekolah menengah teknik dan vokasional di seluruh Sarawak dengan pihak BPTV telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Kuching. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah BPTV, Tuan Haji Ahmad Tajudin B Jab.

Dalam taklimat yang diberikan oleh Pengarah, beliau memberitahu bahawa tiada modul yang ditetapkan untuk PnP Kolej Vokasional. Para guru hendaklah menggunakan kreativiti masing-masing dalam melaksanakan kursus berkaitan. Berhubung dengan itu beliau meminta agar semua guru menyampaikan perkara yang bagus kepada semua ibubapa yang bertanya mengenai Kolej Vokasional nanti. Ini kerana perbincangan masih lagi diteruskan dengan pihak IPT untuk menempatkan pelajar yang cemerlang untuk menyambung pelajaran. Tambahnya lagi, peluang pekerjaan untuk lepasan diploma Kolej Vokasional juga amat luas termasuk di sektor awam.

Dari segi pengiktirafan guru pula, perbincangan akan diadakan dengan pihak JPA untuk mengkaji satu gred yang berbeza dengan yang ada sekarang selaras dengan penstrukturan semula dan menaiktaraf sekolah vokasional kepada kolej Vokasional.

Untuk makluman umum, semua sekolah menengah vokasional akan di naik taraf menjadi kolej vokasional dalam Program Transformasi Pendidikan Vokasional yang  telah di lancarkan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 6 Januari 2012 bertempat di German Malaysia Institut (GMI) Bangi, Selangor . Sebanyak 15 buah sekolah menjadi perintis bermula 2012 dan yang selebihnya akan bermula tahun 2013. 
Post a Comment