Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, March 13, 2012

Resolusi gila

PBB yang tidak peka dengan sensitiviti beragama telah membuat satu kesilapan besar dengan meluluskan satu resolusi mengiktiraf lesbian, biseksual, gay dan transeksual (LGBT) dalam konteks orientasi seksual, kesamarataan gender, dan perkahwinan sejenis. Resolusi yang diluluskan pada 17.6.2011 itu dilihat sebagai diskriminasi beragama dan menjurus kepada zaman kegelapan seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Luth.


Semua agama pada dasarnya tidak mengiktiraf hubungan rambang apatah lagi hubungan sejenis. Keruntuhan moral di kalangan masyarakat di eropah telah menyebabkan penularan masalah ini. Ditambah pula dengan sokongan badan-badan/persatuan yang menyokong golongan ini atas nama hak asasi.

Di Malaysia ini pun sudah ada golongan seperti ini. Sebelum ini kegiatan mereka masih lagi sembunyi-sembunyi dan tertutup tetapi cuba menonjolkan diri dengan menyiarkan pengakuan di laman sosial dan menganjurkan pesta seperti Seksualiti merdeka.

Golongan LBGT di Malaysia bagaikan api dalam sekam dan menunggu masa untuk mendedahkan kegiatan mereka yang tak bermoral itu kepada khalayak ramai untuk mendapat pengiktirafan.

Ketegasan pihak kerajaan untuk menangani masalah ini amat diperlukan agar Malaysia tidak terjerumus dan terperangkap dengan tipu daya golongan ini yang menggunakan kebebasan hak asasi bagi menghalalkan kegiatan mereka yang memalukan dunia Islam.

Semua rakyat perlu bersatu tenaga mendesak kerajaan supaya menggubal satu undang-undang yang tegas untuk menangani pertambahan golongan LGBT ini sebelum golongan mereka naik kepala. 
Post a Comment