Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, October 12, 2012

Negara Islam Malaysia


Kebelakangan ini, banyak perkara yang berlaku dalam scenario Negara kita. Ada perubahan yang baik untuk kita dan ada juga yang cuba untuk menjahanamkan masa depan rakyat Malaysia dan sedikit demi sedikit mengikis budaya Islam dalam masyarakat.

Samada kita sedar atau buat-buat tidak sedar kerana sudah seronok dengan perkara tersebut, amalan dalam Islam ketika hari kebesaran iaitu hari Jumaat semakin di hakis. Islam membesarkan hari Jumaat kerana banyak peristiwa berlaku pada hari tersebut seperti Nabi Adam diturunkan ke bumi, Al-Quran diturunkan, hari terjadinya Kiamat dll.

Pada hari Jumaat juga bermula pada malamnya (malam Jumaat dikira selepas waktu maghrib pada hari Khamis) kita disunatkan membaca surah Yasin. Sebelum Solat Jumaat pula kita di sunatkan mandi, pakai bau-bauan, datang awal ke masjid dan beri’ktikaf dalam masjid. Pada hari Jumaat juga kita disunatkan menghias diri termasuk memotong kuku dan mencukur bulu. Allah menjanjikan pahala yang berganda bagi amalan baik yang dilakukan pada hari Jumaat.

Tapi kini, sadis, sedih, kesian pun ada kerana hari Jumaat tidak lagi diagungkan oleh masyarakat Islam sendiri. Ada ke patut, malam Jumaat diadakan perlawanan bola sepak yang melalaikan bukan setakat pemain bahkan ribuan penonton. Kalau ada pun masih ingatkan Allah waktu bersorak bola itu, mereka sudah terlepas berbagai amalan sunat.

Lebih menyedihkan lagi apabila malam Jumaat yang sepatutnya diselitkan program-program yang berunsur keagamaan tetapi diisi dengan cerita-cerita karut dan tahyul oleh stesen TV swasta. Cerita-cerita sebegini bukan sahaja melalikan bahkan boleh memesongkan akidah umat Islam jika disalah ertikan oleh mereka yang jahil tentang agama.

Malu aku dengan mereka yang bukan Islam dek kerana Islam diperkotak-katikkan dalam sebuah Negara Islam bahkan pemimpin Islam itu sendiri. Perkara patut direnung oleh semua pihak. Jangan hanya mencari untung dunia yang sementara sahaja kerana yang kekal nanti ialah alam akhirat. Sama-samalah kita berubah dan mengubah apa yang tidak betul sehingga semuanya kembali ke fitrah. InsyaAllah…


Post a Comment