Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, October 23, 2012

Dasar Kerajaan merapuhkan institusi kekeluargaan


Guru antara kakitangan awam yang paling ramai anggota. Dasar Pembangunan Pendidikan terbaru yang dibentang in gin mewujudkan hanya satu sesi persekolahan di seluruh Malaysia dengan waktu pembelajaran dilanjutkan. Kerajaan akan memperkenalkan sistem kerja 9 jam untuk semua sekolah mulai tahun 2017. Ini bermakna guru dan pelajar akan berada di sekolah selama lebih 9 jam sehari selepas ini.

Dasar ini amat dikhuatiri kerana masa yang terlalu lama berada di sekolah telah mengurangkan waktu untuk bersama keluarga. Ini kerana masa untuk bersama keluarga menjadi amat terhad. Apa yang dikhuatiri ialah akan wujud hubungan renggang atau dingin antara anak dan ibu bapa kerana sibuk dengan hal masing-masing. Waktu malam tiada lagi waktu untuk bersama kerana kepenatan di siang harinya. Dikhuatiri juga, ibubapa tidak lagi sempat untuk menjaga dan memerhati  perilaku anak-anak sehingga akhirnya mereka terjebak dengan gejala sosial yang amat meruncing kini dan belum ada sebarang program pun lagi yang terbukti berkesan untuk menangani kes tersebut.

Apa yang amat dirisaukan ialah kesannya amat menakutkan kerana kekurangan kasih sayang daripada ibubapa akan menyebabkan anak-anak memberontak . Akhirnya mereka tidak lagi menghormati ibu bapa dan orang tua. Teguran ibubapa tidak lagi didengari. Buktinya sekarang pun sudah ada. Lihatlah berapa ramai ibubapa yang dibuang oleh anak-anak sendiri. Ada yang di hantar ke pusat jagaan orang tua dan ada lagi yang menyedihkan dibiarkan sahaja dijalanan.

Menjadi harapan sangat agar kerajaan mengkaji semula dasar ini dengan menyeluruh supaya dasar yang akan diperkenalkan nanti bukan sekadar untuk melahirkan pelajar yang pandai dan berguna untuk di dunia sahaja tetapi berguna dan selamat untuk dunia dan akhirat. Janganlah sesuka hati memperkenalkan dasar baru yang akhirnya meruntuhkan asas yang amat penting iaitu kekeluargaan.
Post a Comment