Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, October 3, 2012

Masa yang ‘selamat’ untuk Najib adakan PRU


Melihat kepada pembentangan bajet 2013 yang lepas, selepas golongan sasar mendapat ‘habuan’ masing-masing, waktu yang selamat untuk Najib membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-13 ialah bulan Disember. Ada beberapa faktor  yang mendorong, antaranya:

1. Psikologi bagi rakyat. Ramai yang merima BR1M 2.0 yang masih menunggu habuan mereka. Dari segi psikologi, mereka tidak akan berpaling kepada pembangkang selagi tidak mendapat duit yang dijanjikan. Ini kerana mereka takut sekiranya  PR membatalkan apa yang diumumkan oleh BN dalam bajet 2013 setelah mengambil alih Putrajaya.

2. Bonus satu setengah (1 ⅟2) bulan gaji untuk kakitangan awam. Walaupun pengumumannya sangat mengelirukan kerana setengah bulan telah dibayar semasa Hari Raya Aidilfitri lepas, tapi ia dilihat yang tertinggi selepas zaman Mahathir. Kemungkinan ramai kakitangan awam berpuas hati dengan bajet kali ini dan akan terus setia bersama BN.

3. Perhimpunan Agung UMNO dijangka diadakan pada penghujung bulan November. Yang amat pastinya, jawatan tertinggi parti tidak berani di cabar kerana sementelah kekuatan Najib sewaktu menjadi Perdana Menteri belum pernah diuji semasa PRU. Perhimpunan kali ini hanya menyaksikan pertandingan jawatan bawahan (itupun jika ada) dan sebagai pentas untuk Najib menitikkan amanat dan menyuruh jentera parti bersiap siaga untuk PRU-13. Jadi, kedudukan Najib selamat walaupun angin bertiup kencang bahawa tiadanya persefahaman dirinya dengan Timbalan sekarang.

4. Disember waktu cuti sekolah. Sekolah yang selama ini dijadikan sebagai tempat mengundi  boleh digunakan dan tidak mengganggu proses PnP.


5. Semua pihak yang terlibat semasa PRU terutama SPR telah lama bersedia untuk mengadakan PRU. Sekarang, semua menunggu bilakah Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen sahaja.
Post a Comment