Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, November 1, 2011

Remaja Sekarang



Murah betul anak gadis Terengganu, baru 3 jam berkenalan dah boleh ajak buat seks. Dah tak de agama kea pa budak ni? Terkejut juga dengar berita di TV3 dalam Buletin 1.30 tengahari tadi dan di ulang dalam Buletin Utama. Apa nak jadi dengan remaja sekarang? Sekolah pun belum habis lagi, tapi dah pandai buat seks. Dah kebulur ke mereka dengan seks? Dalam tahun ini sahaja dah banyak kita dengar tentang remaja yang masih bersekolah menjebakkan diri dengan kegiatan seks ini sehingga ada yang melahirkan anak luar nikah. Yang sadisnya lagi, ada yang sanggup mengelar bayi yang dilahirkan seperti yang berlaku di Betong, Sarawak.Seorang pelajar SMK Ulu Layar yang tanpa peri kemanusiaan telah mengelar bayi yang dilahirkannya di asrama sekolah.

Di manakah sikap tanggungjawab masyarakat Malaysia masa kini? Adakah kita mahu perkara ini terjadi pada keluarga sendiri baru nak ambil peduli? Janggan tunggu bala dari Allah turun baru kita nak menyesal. Ingatlah, apa pun yang kita lakukan, kita sentiasa dalam perhatian Allah Yang Maha Melihat. 

No comments: