Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, November 22, 2011

Nasib Bahasa Kebangsaan

Dalam usaha kerajaan memartabatkan Bahasa Kebangsaan melalui Dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan  Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI), masih ada lagi premis-premis yang mengambil enteng perkara tersebut. Lihatlah gambar di bawah.


Semenjak mula beroperasi sehingga sekarang, premis ini tidak membetulkan ayat di papan notisnya. Ayatnya ialah "HAIWAN TIDAK DILARANG MASUK" tetapi dalam ayat Bahasa Inggeris pula "NO PETS ALLOWED". Samada pengurus premis ini tidak sedar ataupun sengaja dibiarkan kerana ianya sudah banyak tahun beroperasi. Ketidak pekaan manusia sebegini telah merosakkan dan menjatuhkan maruah Bahasa Kebangsaan yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Diharapkan papan tanda ini dapat diperbetulkan segera kerana ia telah merosakkan ayat dan membawa maksud yang lain. Blog ini pernah membincangkan tentang isu ini di http://muhaza.blogspot.com/2011/11/bersama-memartabatkan-bahasa-kebangsaan.html

No comments: