Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, November 22, 2011

Kes Bunuh Diri

Kebelakangan ini, kes bunuh diri sering kali didengari melalui media dan berita yang dipaparkan. Tapi apa yang lebih mengejutkan ialah peningkatan ini disumbangkan oleh kaum Melayu dan Islam. Walaupun hari ini saya tidak dapat memberikan angka yang tepat mengenai peningkatan kes bunuh diri ini kerana ianya samada tidak dibentang di Parlimen ataupun saya terlepas sesi pembentangan tersebut. Tetapi apabila dilihat dari segi laporan berita, tahun ini saja melebihi 10 kes bunuh diri yang melibatkan orang Melayu dilaporkan.

Pelbagai punca yang dilaporkan menyebabkan kes bunuh diri ini berlaku dan salah satunya yang nak diketengahkan hari ini ialah disebabkan oleh faktor ekonomi. Disebabkan kos sara hidup kini yang semakin hari semakin meningkat memberikan tekanan kepada mereka yang miskin dan mempunyai ahli keluarga yang ramai. Bagi mereka yang menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, pengurusan kewangan yang lemah dan bantuan yang terhad mendorong ke arah perbelanjaan yang tersasar dan ada juga yang menyalah guna bantuan yang diberi untuk perbelanjaan yang tidak sepatutnya dan menyebabkan mereka masih berada di takuk yang lama.

Cadangan penyelesaian masalah ini, salah satunya ialah kerjasama antara pihak berwajib seperti JKM, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), badan korporat dan sebagainya perlu menyediakan peluang pekerjaan yang stabil kepada golongan ini supaya mereka tidak selamanya bergantung kepada bantuan yang diberikan semata-mata. Mereka hendaklah berusaha untuk mengubah nasib mereka dengan peluang yang diberikan. Bak kata pepatah, jika diberi ikan,hanya sekali je dapat makan, tetapi jika diberi kail , selamanya mereka akan dapat mencari ikan bergantung kepada usahanya untuk mendapat lebih hasil. 

Selepas peluang pekerjaan yang stabil diberikan, mereka masih perlu dipantau dan diberi bimbingan. Mereka tidak boleh dibiarkan bersendirian menguruskan pekerjaan tersebut kerana ilmu dan pengalaman mereka mungkin tidak cukup untuk mengharungi keadaan yang mendatang. semoga dengan adanya bimbingan yang berterusan dapat memberi motivasi kepada mereka dan gambaran sebenar jalan yang dipilih. Harapan kita agar rakyat MALAYSIA bebas dari kemiskinan dapat dicapai dengan segera.


National Suicide Registry Malaysia :http://nsrm.gov.my/?id=271

No comments: