Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, January 30, 2012

Santau Menjadi-jadi


Pada 17.1.2012 yang lepas, akhbar Harian Metro melaporkan penyanyo rock tanah air, Awie muntah  melaporkan Amy Search terkena santau yang menyebabkan dia hilang suara tanpa punca, gementar semasa berada di atas pentas selain boleh menangis dengan tiba-tiba. Dalam akbar yang sama, Hattan menceritakan
pengalamannya yang pernah terkena santau yang menyebabkan dia tidak dapat menyanyi selama 6 bulan. Pada 21.1.2012, Aby Abadi pula menceritakan pengalaman sama sejak 2 bulan lalu. Aby pernah muntah keluar bulu ayam dan jarum dan sukar untuk tidur selain meracau.

Laporan-laporan itu membuktikan bahawa perasaan hasad dengki tidak pernah luntur dalam diri manusia. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hawa nafsu dan mencapai hajat walaupun terpaksa mengikut telunjuk syaitan. Di dunia yang moden dan serba canggih sekarang, masih ada yang bergantung kepada ilmu hitam dan sihir iaitu amalan syaitan padahal Al-Quran dengan jelas melarang perkara tersebut.

Islam telah mengajar, jika hendak berjaya kena berusaha. “Carilah harta dunia ibarat kamu akan hidup selamanya dan carilah harta akhirat ibarat kamu akan mati esok”. Untuk mendapat apa yang kita hendaki mestilah berusaha. Bukan dengan mencantas atau menyekat rezeki orang lain. Sebagai orang Islam, kita mesti tahu batasan-batasan agama supaya kita terhindar dari azab di akhirat kelak.

Kepada sesiapa yang masih menggunakan khidmat bomoh dan pawang untuk merosakkan, mencantas rezeki orang lain atau apa jua alasan yangt boleh memudaratkan orang lain, kembalilah ke pangkal jalan. Bertaubatlah dengan perbuatan yang pernah anda lakukan. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka.

No comments: