Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Sunday, January 29, 2012

10 terkaya di Malaysia 2011

Tahukah anda siapa 10 manusia terkaya di Malaysia? Menurut artikelthestar.com.my dan laporan rasmi oleh Forbes Asia, jumlah kekayaan 40 orang terkaya Malaysia adalah bernilai US$62.1bil (RM188.32bil), naik US$11.1bil (RM33.7bil) berbanding tahun lalu. Kata Forbes Asia, jumlah kekayaan tersebut meningkat lebih 22% berbanding senarai pada tahun 2010. Dua tempat pertama masih diterajui oleh usahawan berjaya, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien dan Tan Sri T. Ananda Krishnan.





10 Orang Terkaya di Malaysia

1. Kuok, 87, telah menduduki posisi pertama dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia sejak tahun 2006. Harta beliau dianggarkan bernilai US$12.5bil atau RM38bil, naik setengah bilion berbanding tahun lalu. Sumber kekayaan terbesar beliau adalah dari sahamnya di Wilmar International, syarikat kelapa sawit terbesar di dunia.
2. Ananda, 72, berada di tangga kedua dengan kekayaan US$9.5bil (RM28.83bil), naik US$8.1bil (RM24.6bil) tahun ini. Beliau memiliki Maxis Communications Bhd yang merupakan syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi terbesar Malaysia.
3. Tahun ini, tangga ketiga diduduki oleh seorang janda seorang raja kasino, Tan Sri Lim Goh Tong. Puan Sri Lee Kim Hua, 81 tahun, merupakan salah satu daripada tiga wanita dalam senarai orang terkaya di Malaysia tahun ini. Sahamnya bersama Genting telah meningkatkan kekayaan bersih keluarganya dari US$2.7bil (RM8.2bil) ke US$6.6bil (RM20.03bil) ketika syarikat Genting Singapura mula beroperasi di Sentosa Island.
4. Tan Sri Lee Shin Cheng, yang menubuhkan IOI Group menjadi salah satu pengeluar terbesar di dunia kelapa sawit, berada di tangga 4 dengan kekayaan bersih sebanyak US$5bil (RM15.2bil), meningkat sebanyak US$400mil (RM1.21bil) sejak tahun lalu.
5. Tan Sri Quek Leng Chan – US$4.8bil
6. Tan Sri Teh Hong Piow – US$4.7bil
7.Tan Sri Yeoh Tiong Lay – US$2.7bil
8. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary – US$2.5bil
9. Tan Sri Vincent Tan – US$1.25bil
10. Tan Sri Vincent Tan – US$1.2bil
Manakala Forbes Asia Businessman of the Year 2010 dan pemilik AirAsia Bhd, Datuk Seri Tony Fernandes, menduduki tangga 20 tahun ini, turun satu anak tangga dari tahun lalu walaupun kekayaannya meningkat dari US$470mil (RM1.43bil) ke US$330mil (RM1bil).
Pendatang baru bagi tahun ini adalah Chia Song Kun yang berada di tangga 24 dengan US$400mil (RM1.21bil). Nilai sahamnya di QL Resources Bhd, makanan laut, pembekal telur dan syarikat kelapa sawit, telah meningkat dua kali ganda sejak tahun lalu.
Datuk Tony Tiah Thee Kian yang berada di tangga 35 tersenarai semula selepas sahamnya di TA Enterprise Bhd kembali pulih. Kekayaan dianggarkan bernilai US$170mil (RM516mil).
Namun tidak semua berada dalam keadaan baik, Tan Sri Vincent Tan pemilik Berjaya Group, memperlihat kekayaannya turun dari US$1.25bil (RM3.8bil) ke US$1.6bil (RM4.9bil). Selain itu, Tan Sri Tiong Hiew King yang mempunyai kekayaan bernilai US$1.2bil (RM3.64bil) masih mengekalkan kedudukannya di tangga 10.
Post a Comment