Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, August 16, 2012

Sesak memborong kek lapis


Malam tadi aku pergi ke Kampung Gersik, di seberang Waterfront, Kuching. Biasa la, orang ke Kampung Gersik mesti untuk beli kek lapis. Aku pun dengan hajat nak membeli kek lapis Sarawak la sampai tak pergi jemaah tarawih untuk bawa balik kampong esok. Aku sampai sana dalam pukul 8.30.



Aduhai jalan, dah la jem. Nak cari parking pun susah. Bersesak-sesak kereta. Tapi nasib aku baik sebab ada kereta baru keluar lepas tu pengawal yang jaga situ mengarahkan kereta aku masuk parking. Tak la aku menunggu lama untuk mencari parking.

Mula-mula aku pergi dekat kedai Mira Kek Lapis, sebab isteri aku kata situ lagi sedap. Tiba di kedai Mira yang pertama dia kata untuk orang ambik tempahan saja. Dia suruh pergi yang kedai dia satu lagi. Kedai tu lebih kurang 10 meter ke depan. Tengok kedai Mira tu dah tak banyak kek yang tinggal. Tu pun kebanyakannya bersaiz besar.

Tak jadi beli di Mira, aku menapak pulak ke kedai kek lapis Dayang Salhah. Fuyoo..kat kedai Dayang Salhah pun orang penuh. Sebab ada yang dari Mira tadi pon sama macam aku. Tapi disini ok lagi sebab stok masih banyak. Aku beli 10 dapat la free satu. Suruh isteri aku ambik je sebab ramai sangat orang. Malas nak menunggu lama-lama kat situ.

Melihatkan kelibat yang datang membeli kek lapis, pendapatan pengusaha kek lapis ni mungkin melebihi ratusan ribu untuk sambutan raya. Patut la kerajaan negeri mengambil berat dengan pengusaha kek lapis. Banyak sumber pendapatan secara tidak langsung yang masuk kepada tabung kerajaan negeri dek kerana kepopularan kek lapis Sarawak ini.
Post a Comment