Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, August 29, 2012

Harga rumah meningkat



campaign image
Jika dilihat harga rumah di Kuching, untuk perumahan yang baru dibina dan yang akan dibina, harga untuk setiap unit rumah teres setingkat telah melepasi RM 200 ribu. Untuk rumah teres 2 tingkat pula harga telah melepasi RM 300 ribu.

Bayangkan dengan harga tersebut, kalangan atau kategori mana yang mempunyai duit untuk membeli rumah? Bagi mereka yang bergaji RM 3000 ke bawah memang susah untuk membeli rumah sendiri. Kebanyakan pemaju di sini tidak berminat untuk melaksanakan projek perumahan rakyat atau rumah mampu milik atau rumah kos rendah. Golongan mereka yang bergaji RM 2000 dan ke bawah hanya mengharapkan projek-projek perumahan kos rendah yang dilaksanakan oleh kerajaan sahaja. Itu pun unit yang terhad dan tertakhluk dengan syarat yang ketat.

Langkah yang kerajaan ambil untuk mengurangkan spekulasi harga hartanah hanya sedikit sahaja membantu buat masa sekarang. Langkah proaktif perlu dikaji dengan teliti bagi mengurangkan harga hartanah dipasaran supaya rakyat tidak terbeban dengan kos yang tinggi.

Kerajaan juga diharapkan dapat menurunkan lagi kadar ‘interest’ terutama kepada pembeli rumah pertama. Sokongan kerajaan dalam membantu mengurangkan beban pembeli terutama rumah pertama amatlah diharapkan. Dengan ‘interest’ sekarang yang dilihat masih tinggi amat membebankan terutama bagi mereka yang bergaji rendah dan mempunyai banyak tanggungan.

Apa2 pun, kami menunggu pembentangan bajet 2013 dengan harapan yang tinggi agar beban rakyat dalam menguruskan ekonomi seharian dapat berkurangan.

campaign image
Post a Comment