Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Sunday, July 22, 2012

Wah sesak sakan..

Petang tadi, dalam perjalanan balik dari Sri Aman, sempat lagi menyinggah di Kem Penrisen Kuching untuk membeli juadah berbuka puasa. Di kem ini memang terkenal dengan pelbagai juadah makanan dan kuih muih yang berasal dari Semenanjung dan tak ketinggalan juga masakan Kelantan dengan nasi kerabunya.

Masa masuk kem tadi dalam pukul 5.30 petang, pas pelawat di pondok pengawal telah pun habis diedar. Mujur aku dibenarkan masuk tanpa pas. Dah sampai dalam, tempat parking pun dah penuh dan kereta pengunjung yang dah siap membeli dah beratur panjang untuk keluar dari kawasan kem. 

Bila aku sampai dikawasan gerai ramadhan tu, kebanyakan gerai dah habis barangan terutama mereka yang menjual lauk pauk. Kebanyakan yang masih ada ialah kuih muih dan air. Niat nak beli ayam percik tak kesampaian kerana dah habis. So, beli nasi kerabu je la tadi untuk berbuka.

Masa nak balik pula, terperangkap dengan barisan kereta yang belum habis dari aku masuk tadi. Nak boleh sampai ke tempat pengawal aku rasa dah lebih setengah jam dalam kereta. Padahal kalu nak ikutkan jarak dari pasar ke pondok pengawal tak sampai pun 300 meter. Adoi.. Aku rasa tu jela kali pertama dan terakhir  aku masuk kem untuk bulan ramadhan tahun ni..

No comments: