Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, July 25, 2012

Bonus Aidilfitri: Setengah bulan gaji

Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah S.W.T. atas nikmat yang dikurniakan. Terima Kasih kepada kerajaan kerana memberikan bonus Aidilfitri untuk kakitangan awam dengan setengah bulan gaji atau minimum sebanyak RM500. Walaupun pemberian ini sama dengan tahun lepas, sekurang-kurangnya dapat la meringankan sedikit perbelanjaan kita semasa perayaan nanti.

Dalam satu kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  hari ini mengumumkan pemberian bonus tersebut berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan sekarang. Bayaran khas tersebut akan dibuat pada 9 Ogos ini dan ia akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

No comments: