Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Sunday, July 15, 2012

Gempak pada promosi je ke?

Setelah pembukaan KR1M di Kota Padawan pada 29 Jun 2012, hari ini aku berkesempatan ke sana. Dengan promosi KR1M  terbesar di Malaysia setakat ini, ianya tidaklah menjadi tarikan sangat di sini. Kemungkinan besar kerana barang yang ada di stor ini tidak banyak pilihan seperti kedai mini  dan pasaraya yang ada di kawasan berdekatan. Mungkin ianya baru, jadi barang pun tidak banyak kot. Harga barangan yang dijual di sini juga tidak jauh berbeza dengan barangan yang dijual di pasaraya lain. Hanya beberapa barang sahaja dan barangan berlabel 1Malaysia yang dijual lebih murah. Setakat tinjauan tadi, bagi aku tiada perbezaan sangat yang berlaku. Bukannya aku nak membangkang KR1M, tu hanya persepsi aku. Kedai tersebut bagus dan boleh memberi manfaat kepada penduduk setempat tetapi promosi dengan kenyataan yang berlaku tidak sama. Kalau boleh, perlu perbanyakkan item dan kaji semula harga barangan yang dijual. 
Post a Comment