Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Sunday, July 31, 2011

Dasar 1 Murid 1 Sukan – Keperluan atau sekadar menambah masa guru untuk berada di sekolah?


Dasar 1 Murid 1 Sukan telah diperkenalkan oleh KPM dan telah dilancarkan secara serentak di semua sekolah seluruh Malaysia pada 2 Julai 2011. Pelancaran oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Yasin itu telah direkodkan dalam The Malaysian Books Of Record sebagai pelaksaan sukan terbesar dan teramai disertai. Ia bermula dengan larian oleh semua pelajar seluruh Negara yang bertemakan 1 Murid, 1 Sukan, 1Malaysia.

Bukannya pelancaran tersebut yang hendak dibincangkan di sini, tetapi ia lebih kepada isu dasar yang diperkenalkan tersebut. Masih tidak mencukupikah waktu yang dikhaskan untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) sehingga terciptanya dasar ini? Apakah releven perlaksaan tersebut yang mengambil masa 1 jam setiap minggu? Tercapaikah matlamat tersebut di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kemudahan asas dalam sukan seperti yang tidak langsung mempunyai padang untuk bersukan?

Semua persoalan ini masih lagi ragu-ragu dan tiada jawapan yang jelas mengenainya. Persoalan yang lain ialah tidak terbebankah guru yang terlibat dengan dasar ini sedangkan guru-guru mempunyai ‘core business’ sendiri dan belum lagi ditambah dengan tugas-tugas khas yang lain. Dengan pelaksanaan dasar ini yang tidak boleh mengganggu waktu proses pengajaran dan pembelajaran biasa, semestinya waktu yang ada ialah sebelah petang. Bagaimana dengan guru yang waktu P&P di sekolahnya yang habis pukul 4.30 petang?

Semasa pelaksanaan dasar ini, paling awal pun program ini akan habis pukul 5.30 petang. Setengah jam selepas orang yang kerja pejabat pulang. Keadaan jalan yang masih lagi sesak dengan kenderaan bercampur pula dengan kesibukan untuk menjemput anak pulang, menjadikan jalan raya semakin sibuk. Guru juga mempunyai anak sendiri dan memerlukan masa untuk menjemput anak mereka sekiranya sekolah yang berbeza.

Dengan pelaksanaan dasar ini, masa untuk bersama keluarga juga semakin singkat. Walaupun masa ini digunakan hanya sejam untuk seminggu, tetapi pelajar masih lagi ada program lain pada waktu petang hari lain seperti kokurikulum yang juga diwajibkan kepada pelajar.

Diharapkan dasar ini di kaji dengan teliti dan diperhalusi semula supaya semua pihak tidak terbeban dan tidak timbul masalah lain, implikasi daripada pelaksanaan dasar ini.  

No comments: