Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, June 29, 2011

RM48j kos kediaman rasmi PM, TPM: Nazri

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM48,789,115.03 juta dibelanjakan untuk membiayai kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun bermula 2006.

Maklumat itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagi menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berhubung kos sebenar tanggungan kerajaan untuk kos rumah kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya, semalam.

Menerusi jumlah itu, sebanyak RM32,972,155.55 dibelanjakan untuk kos sewa kediaman rasmi, RM3,581,744.78 untuk kos baik pulih, RM10,267,868.15 bagi kos bil elektrik dan RM 1,967,386.55 untuk bil air.

Berikutan itu, Siti Zailah menyifatkan jumlah kos ditanggung kerajaan untuk pembiayaan kos rumah kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya bagi jangka masa lima tahun tidak munasabah dan meragukan.

Merujuk kepada jumlah itu, beliau berkata, ia bermaksud perbelanjaan untuk bil elektrik kediaman rasmi itu RM5,704.00 sehari, sementara bil air mencecah RM1,092.00 sehari.

Dalam perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pula menggesa kerajaan mendedahkan perjanjian sewa kediaman rasmi dengan Perbadanan Putrajaya Holding kepada rakyat.

“Kita rasa banyak pembaziran berlaku,. Ini baru melibatkan kediaman rasmi, belum lagi melihat kepada aset kerajaan yang lain. Jadi timbul persoalan di sini kenapa kediaman rasmi ini disewa daripada Perbadanan Putrajaya Holding,” katanya. 

Sumber dari http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9241959.asp

No comments: