Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, June 23, 2011

Perubahan Dasar Pendidikan Perlu?

Perubahan dasar pendidikan perlu? 

SUBANG – Dasar pendidikan mesti berasaskan identiti dan jati diri sesebuah negara bagi menjayakan transformasi pendidikan negara ke arah melahirkan pelajar cemerlang dari pelbagai aspek.

Ahli panel terdiri daripada bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Asiah Abu Samah; Timbalan Naib Canselor Akademik Universiti Malaya (UM) Prof Dr Jamil Maah dan Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berpendapat pengetua berkualiti akan menghasilkan suasana persekolahan interaktif dan bertindak sebagai pemangkin kejayaan pelajar.

Riduan Tee berkata, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) berhadapan masalah demi masalah tetapi penyelesaian sukar kerana dasar pendidikan berubah-ubah mengikut menteri yang menjawat jawatan di Kementerian Pelajaran.

“Sebagai contoh, pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sedang dilaksanakan muncul pula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

“Belum pun sesuatu dasar yang digubal terlaksana sepenuhnya, telah wujud dasar baru setelah berlaku pertukaran menteri menyebabkan pelajar dan guru menjadi celaru dan tidak dapat melaksanakan secara drastik,” katanya pada sesi pembentangan forum kepimpinan Holistik menjana Transformasi Kepimpinan Negara sempena persidangan MPSM di sini, semalam.

“Kita terus bermain politik kerana suara ibu bapa lebih didengari walaupun mereka hanya golongan minoriti. Kita perlu bangun dalam mempertahankan sistem KBSR, KBSM dan perlu rujuk pandangan pakar jika kurang faham kerana ianya masih relevan,” katanya.
Post a Comment