Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, June 24, 2011

Bonus Untuk Kakitangan Kerajaan


Selepas mengalami krisis kewangan pada tahun 2007/2008, kerajaan telah menghentikan pemberian bonus untuk kakitangan kerajaan. Pada masa itu, kita faham kenapa kerajaan tidak member bonus seperti tahun-tahun sebelumnya kerana Negara kita juga terlibat dalam krisis tersebut yang menyebabkan sesetengah syarikat gulung tikar. Tetapi, itu beberapa tahun yang lepas dan Negara kita dah pun terkeluar dari bencana tersebut dan ekonomi kita pada hari ini berada pada tahap yang lebih stabil.

Justeru itu, saranan CUEPACS yang memohon kerajaan member bonus 2 bulan gaji untuk kakitangan awam amatlah wajar untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Bonus ini tidak lain hanya untuk menghargai setiap sumbangan yang  telah diberikan oleh kakitangan awam dalam membantu Negara dan teguh dalam mendokong aspirasi Negara selama ini.

Selain daripada itu, bonus juga dapat menaikkan semangat dan motivasi dikalangan kakitangan awam. Ini kerana, dengan pemberian bonus tersebut, segala usaha mereka dihargai dan diiktiraf oleh kerajaan. Dengan itu, kakitangan akan membalas balik penghargaan tersebut dengan memberi khidmat yang  lebih cemerlang.

Pemberian bonus ini juga dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung dek kerana kenaikan beberapa barangan asasi seperti gula dan petrol. Ia juga dapat menampung perbelanjaan awal persekolahan anak-anak yang biasanya memerlukan kos yang tinggi pada awal tahun terutama bagi kakitangan bahagian sokongan. Mereka amat memerlukan pembelaan daripada majikan mereka dalam mengurangkan bebanan tersebut.

Topik ini telah pun dibincangkan di dalam radio IKIM.FM pada 22.06.2011 yang lepas. Slot tersebut membincangkan kewajaran kerajaan untuk memberi bonus kepada kakitangan awam pada tahun ini. Semoga tahun ini, tergerak hati PM kita untuk mengumumkan perkara yang mengembirakan tersebut semasa pembentangan bajet 2012 nanti. Sekarang ini pihak CUEPACS masih lagi menjalankan rundingan dengan pihak kerajaan. Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak CUEPACS kerana prihatin dalam hal tersebut.
Post a Comment