Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, April 14, 2018

"PERANTAU BANGKIT PERTAHAN KELANTAN

*"*

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Unit Hubungan Seranta Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) akan menganjurkan Majlis Ramah Mesra sempena Lawatan Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan di Zon Sabah & Sarawak pada 14 dan 15 April 2018 (Hari Sabtu dan Ahad).

Lawatan ini merupakan siri lawatan pimpinan kerajaan Negeri Kelantan di dua zon terbabit setelah berjaya diadakan di Zon Utara dan Timur sebelum ini.

Bagi *Zon Sabah* ia berpusat di Kota Kinabalu (14 April bermula jam 10 Pagi),  Labuan (14 April bermula jam 7 Malam), Lahad Datu (15 April bermula jam 10 Pagi) dan Sandakan (14 April bermula jam 7 Malam).

Sementara bagi *Zon Sarawak* dua lokasi dipilih iaitu Bintulu (14 April bermula jam 7 Malam) dan Kuching (15 April bermula jam 10 Pagi).

Siri pertemuan dan ramah mesra yang membabitkan pimpinan bersama warga perantau akan diteruskan lagi pada 21 April ini di Muar dan Melaka sebelum satu *himpunan akan diadakan pada hari Ahad, 22 April 2018 di Gombak yang dijangka dihadiri oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar.*

Justeru, warga Kelantan di perantauan dijemput hadir beramai-ramai di lokasi dan tarikh yang dinyatakan bagi bersama-sama kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.

#PerantauBangkitPertahankelantan

UNIT HUBUNGAN SERANTA
*URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN*

14 APRIL 2018

No comments: