Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, September 2, 2015

Dugaan atau membasmi 'kurap'

Alhamdulillah.. akhirnya jumpa juga 'rumah' untuk pihak Gerakan Harapan Baru untuk menumpang teduh selepas menunjukkan sikap sebenar mereka dalam perjuangan Islam. Dengan perletakan jawatan mereka dalam parti PAS, telah terlerai sedikit kekalutan dan salah faham dikalangan penyokong masing-masing. Tetapi bagi mereka yang menjadi ADUN atau pun MP, tugas mereka belum selesai lagi. Mereka ini sepatutnya melepaskan jawatan tersebut kerana kemenangan mereka dulu adalah atas tiket parti PAS. Oleh itu, pulangkan semula hak tersebut, barulah boleh dikatakan orang berani seperti 'pahlawan boogis'.

Situasi ini mungkin dugaan kepada PAS dalam memperjuangkan syariat Islam. Dan kita boleh lihat juga pelbagai jenis perangai manusia yang patut kita pelajari dalam meneruskan agenda parti. Harap para pimpinan PAS mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan memperkasakan lagi perlembagaan parti supaya tidak ketinggalan.

Apa yang berlaku ini hanya lebih kepada menyapu cream untuk membasmi kurap yang ada pada badan. Bila kurap dan tiada, kulit yang licin akan muncul. Semoga PAS terus istiqamah dalam perjuangan asal dan terus memartabatkan syariat Islam di Malaysia khususnya.

No comments: