Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, August 28, 2015

RM tenat: Apa strategi kita?

Melihat kepada perkembangan semasa nilai Ringgit, tanda-tanda peningkatan semula belum nampak lagi. Paras ringgit berada pada paras RM 4.2++ berbanding USD 1. Jika keadaan ini berterusan di bimbangi rizab Bank Negara tidak dapat menampung kejatuhan nilai ringgit. Mungkin Bank Negara telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mempertahankan ringgit dari terus merudum. 

Situasi ini memberi impak besar kepada pelajar kita di luar negara. Impak kejatuhan ringgit juga telah memberi kesan negatif kepada kita sekarang dengan kenaikan harga pelbagai barangan harian yang rata-rata produk import dari luar negara. Aku rasa, semua terkesan dengan peningkatan perbelanjaan harian sekarang.

Di harapkan, Kementerian Kewangan mengambil langkah lebih agresif untuk menangani masalah ekonomi dengan cara yang di syorkan oleh pakar ekonomi yang bertauliah. Memang diakui ada benarnya kata Menteri Pelancongan bahawa kejatuhan ringgit dapat menarik pelancong asing, tetapi adakah kedatangan pelancong asing tersebut berbaloi dengan kesengsaraan yang rakyat tanggung seharian?? Tunggu ulasan pakar ekonomi bertauliah yang ulas..

Bagi kita rakyat biasa ni, dah tak tau nak jimat kat mana lagi untuk mengurangkan perbelanjaan harian. Setiap hari dah bawa bekal sendiri. Sayur pun aku tanam sendiri. Dengan kerja 'ofis hour' sekarang ni, dah tak ada masa lagi untuk membuat kerja tambahan. Tapi terpaksalah juga kutip tin minuman untuk menampung sedikit perbelanjaan. 

Ini dilema aku yang makan gaji dan diistilahkan golongan pertengahan di Malaysia ini. Pernah ke pemimpin kat atas tu fikir apa yang berlaku kepada golongan miskin terutama yang tinggal di bandar sana? Dapat ke mereka 'survive' dalam keadaan ekonomi hari ini? Kalau ikut Menteri memang dapat je sebab mereka sendiri tak pernah merasa seperti golongan tersebut lalui.

Kepada pemimpin berkuasa, jalankanlah tugas yang kamu sendiri nak tu dengan amanah, integriti dan telus. Fikirkan dulu keadaan rakyat, barulah kena dengan slogan yang korang laungkan. Jangan asyik nak temberang sana, temberang sini. Penipuan tak akan dapat menutup penipuan kerana akhirnya akan kebenaran akan muncul.. 

No comments: