Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, August 5, 2015

#Ya Allah Selamatkan MalaysiaKu

Dari senario yang melanda negara kini, timbul pelbagai persoalan tanpa jawapan yang benar-benar jujur dari tertuduh. Segenap lapisan masyarakat menunggu jawapan dari persoalan yang dilontarkan pelbagai pihak termasuk bekas TPM, pihak pembangkang dan terbaru anak kepada Menteri Besar Johor.

Siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa seperti polis, SPRM dan PAC pula macam ada tangan ghaib yang cuba mengaturnya dari belakang. Aku sendiri pun keliru sumber mana yang masih boleh dipercayai. Kenyakinan kepada pihak berkuasa juga semakin terhakis dek situasi semasa.

KepadaMu sahaja Ya Allah kami RAKYAT MALAYSIA berserah dan berharap agar segala kezaliman, pecah amanah dan keborosan yang berlaku dapat dihindarkan dengan pertolonganMu.. Semoga pengkhianat negara di hukum dengan setimpal perbuatannya.

No comments: