Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, December 17, 2013

VISIT MALAYSIA 2014

Bermula 2014, banyak program yang telah diatur oleh Kementerian Pelancongan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Kesempatan ini tidak boleh dilepaskan bukan saja untuk pelancong luar negara bahkan untuk rakyat Malaysia sendiri kerana ada acara atau program yang dianjurkan oleh pihak tourism Malaysia yang kita sendiri pun jarang dapat kesempatan tersebut.

Apa peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyahut Tahun Melawat Malaysia 2014? Haaa kita kena la

  • Menjaga kebersihan persekitaran
  • Menjaga kemudahan awam yang disediakan
  • Mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia kepada rakan taulan
  • Menggalakkan ‘Cuti-cuti Malaysia’ dalam kalangan keluarga
  • Menyambut kedatangan pelancong asing dengan budaya Timur dan penuh mesra
  • Menggiatkan produksi produk-produk pelancongan
  • Mempertingkatkan mutu perkhidmatan terutamanya yang terlibat dalam sektor pelancongan 

  • Dengan perlaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2014, kerajaan menyasarkan seramai 28 juta pelancong dari luar negara akan mengunjungi negara kita. Jom sama-sama kita jayakan program ini yang akan memberi impak yang besar terhadap ekonomi negara kita amnya dan khususnya kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan ini.

    No comments: