Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, December 28, 2013

Sri Aman:Klinik 1Malaysia pertama


Klinik 1Malaysia yang pertama di Sri Aman telah dibuka. Klinik yang terletak di kawasan Sri Jaya ini beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 9 malam. Ini kemudahan terbaru untuk penduduk Sri Aman dan diharapkan dapat mengurangkan kesesakan pesakit di Klinik Kesihatan Sri Aman setiap hari. Tinjauan malam tadi, klinik ini masih lagi lenggang dan selesa. Untuk penambahbaikan di sini la, mungkin kaunter farmasi perlu diubah ke tempat lain kerana keliru dengan kaunter pendaftaran yang berada ditempat yang sama. 

Pembinaan Hospital baru Sri Aman pula dilihat telah terhenti. Tak tahu la samada ia dihentikan sementara kerana hujan atau pun ditangguhkan. Hanya pihak Kementerian boleh menjawab isu itu. Tapi yang pasti, lori yang memunggah pasir dan kelibat orang bekerja tak ada kelihatan.  

No comments: