Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, June 13, 2013

Pemantauan Logo Halal secara berkala

Sistem pensijilan Halal di Malaysia telah dikemaskini dan  sekarang hanya sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sahaja yang diiktiraf. Selain daripada itu, pelekat yang menggambarkan produk halal tetapi tidak mendapat sijil daripada JAKIM, mereka telah melakukan kesalahan dibawah Pekeliling Persijilan Halal Malaysia. Rujuk di http://www.halal.gov.my. 

Peranan JAKIM dan JAIN amat berat dalam memastikan pematuhan pengusaha ke atas sijil halal yang dikeluarkan. Tetapi setakat ini dapat dilihat banyak kelemahan yang berlaku dalam aspek pemantauan oleh pihak JAKIM dan JAIN ke premis-premis awam terutama pasar basah dan pasaraya. Kelemahan ini telah menyebabkan beberapa premis di luar sana mengambil kesempatan dengan melekatkan sijil halal dibahagian lain.

Maksud saya disini, ada sesetengah premis yang melekatkan sijil halal dibahagian ayam dan daging tetapi jika diteliti dan dibaca betul-betul, sijil halal tersebut sebenarnya bukan untuk ayam dan daging. Satu penipuan terhadap pengguna telah berlaku di sini. Bagi mereka yang teliti dalam memilih makanan halal, mungkin mereka akan melihat betul-betul sijil tersebut tapi jika yang sebaliknya, sudah tentu lah tertipu.

Oleh itu, saya amat sangat mengaharapkan pihak JAKIM dan JAIN menubuhkan satu unit pemantauan sijil halal yang khusus untuk meronda di setiap premis terutama yang menjual makanan berasaskan sembelihan supaya penipuan sebegini tidak berlaku. JAKIM dan JAIN sebagai pihak penguasa dalam hal ini bertanggungjawab untuk memastikan umat islam tidak tertipu dengan peniaga yang cuba mengambil kesempatan seperti ini. 


Post a Comment