Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, June 12, 2013

Langkah proaktif perlu untuk pecah monopoli

Umum tahu bahawa kawasan bandar kini hampir dimonopoli oleh kaum tertentu. Peranan kerajaan amat penting untuk memecahkan monopoli ini supaya tidak berlaku perbezaan taraf yang amat ketara yang akhirnya akan mewujudkan perasaan yang kurang senang diantara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

Antara langkah yang perlu diambil ialah dengan menyediakan perumahan bumiputra mampu milik di kawasan bandar. Dengan sistem yang ada sekarang ini ditambah dengan faktor ekonomi yang berkembang pesat membataskan kuasa beli dikalangan bumiputra yang rata-ratanya menerima gaji sederhana.

Jika dilihat dengan harga rumah dipasaran pada masa ini, antara kawasan yang dilihat ketara dari segi kenaikan harga rumah ialah Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah. Dengan harga rumah teres setingkat yang melebihi RM200 K, rakyat yang berpendapatan sederhana pun terasa terseksa untuk membeli, bagaimana pula dengan rakyat yang berpendapatan rendah?

Jika kerajaan tidak melakukan sesuatu untuk meningkatkan jumlah bumiputra dikawasan bandar terutama selepas tsunami masyarakat cina yang menolak pentadbiran BN, ia akan mendatangkan implikasi sedikit masa lagi.

Nak mengulas panjang pun semua dah tahu. dan mungkin yang diluar sana lebih bijak berbanding saya, jadi fikir-fikirlah nasib anak cucu nanti..

No comments: