Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, June 24, 2013

Cabaran PBS

Sesiapa yang minat dengar Hot.fm mesti tidak terlepas mendengar iklan mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu salah satu agenda tranformasi pendidikan yang dibawa oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Inilah langkah-langkah yang digunakan untuk memberi penerangan kepada masyarakat di luar sana.

Dalam perlaksanaan PBS ini, cuba fikir sejenak:
  1. Dasar Kementerian - melahirkan lebih ramai pelajar yang pandai.
  2. Pentadbir sekolah - mahu melihat sekolah dibawah pentadbirannya cemerlang.
  3. Guru – suka jika anak muridnya semua Berjaya.
  4. Manusia – ada perasaan dalam penilaian.
  5. Ibubapa – mahu melihat anak Berjaya.
  6. Pelajar – memang la nak Berjaya.


Siapa yang memberi markah dalam sistem PBS ini? Adilkah nanti markah yang diberikan? Sanggupkah guru menghadap pentadbir sekolah jika tidak menepati kehendak pentadbir? Adakah markah yang di ‘key-in’ selayaknya untuk pelajar tersebut? Sejauh manakah integriti seseorang  dapat mengatasi perasaan manusia?


Ada yang nak komen?
Post a Comment