Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, March 18, 2013

Rafflesia Kerri- Khazanah Kelantan yang belum dikomersilkan



PASIR PUTEH 17 Mac - Majlis Profesor Negara (MPN) mencadangkan bunga Raflesia Kerri yang terdapat di kawasan hutan simpan di negeri ini dijadikan ikon pelancongan bertaraf dunia bagi Kelantan.

Serentak itu juga, MPN mahu pendekatan drastik diambil bagi mengawal dan memulihara kawasan seluas 550 hektar yang telah digazetkan sebagai hutan simpan kekal.

Pengerusi MPN, Prof. Ibrahim Che Omar berkata, kerakusan manusia menggondolkan tanah di kawasan Lojing perlu dihadkan dalam usaha memastikan khazanah asli itu tidak musnah disebabkan oleh aktiviti pembalakan tidak terkawal dan pembangunan tanah pertanian yang tidak lestari.

Menurutnya, sebanyak 60 peratus atau 894,271 hektar keluasan tanah di negeri ini masih diliputi hutan yang kaya dengan flora dan fauna, hidupan liar, pelbagai jenis serangga dan ribuan spesies burung yang seharusnya dikekalkan.

"Kelantan perlu mengekalkan ranking ke-10 dunia sebagai antara negara yang masih memiliki kepelbagaian sumber spesies merujuk kepada kepelbagaian organisma atau benda hidup yang lengkap dengan ukuran kepelbagaian dalam komuniti ekologi di hutan. Ia akan menjadi bahan yang bernilai tinggi sebagai komponen kajian yang diperlukan dalam pelbagai bidang.

"Bagaimanapun hanya 7.2 peratus iaitu 108,783 hektar sahaja yang digazetkan oleh kerajaan negeri sebagai hutan simpan dan Taman Negara yang menjadi ruang lingkup yang sempit dan selamat," katanya.

Beliau ditemui selepas mengendalikan Program Bicara Rakyat Bersama Profesor anjuran MPN kepada hampir 300 pengetua, guru besar dan penolong kanan di Dewan Seminar Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Puteh semalam. - UTUSAN ONLINE


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: