Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, November 30, 2011

Kes Bunuh Diri 2


Baru beberapa hari lepas isu bunuh diri dibincang dalam blog ini. Baca di sini. Dalam Harian Metro 24.11.2011 melaporkan satu kes lain yang juga melibatkan orang Melayu Islam. Apa yang menyebabkan lelaki terbabit mengambil tindakan sebegitu tidak diketahui secara terperinci. Tetapi tindakan nekad lelaki itu yang mengambil jalan singkat dengan menafikan anugerah dan nikmat terbesar yang dikurniakan Allah kepada manusia dengan membunuh diri. 

Betapa nipisnya iman umat Islam sekarang sehingga tidak dapat lagi membezakan yang baik dan buruk, yang halal dan yang diharamkan Pencipta kita. Ketahuilah bahawa membunuh diri itu ialah dosa yang paling besar dan tidak diampunkan Allah. Tempat mereka yang membunuh diri ialah di neraka selama-lamanya. Hargailah kehidupan yang diberikan oleh Allah kepada kita. Segala masalah yang datang kepada kita hanya semata-mata dugaan untuk kita di atas dunia ini.

Banyak lagi saluran yang boleh kita ambil untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Jumpalah pakar-pakar kaunseling, ustaz/ustazah ataupun orang yang lebih arif dari kita untuk mendapatkan pandangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Allah telah berfirman bahawa, semua penyakit/masalah di dunia ini ada ubat/penyelesaiannya kecuali MATI. Hanya MATI je yang tidak boleh di ubati.

Oleh sebab itu, janganlah jadi orang yang bodoh. Di dunia dah rugi, di akhirat pun rugi bahkan melarat sehingga menderita akibat kesesatan kita hari ini.

__________________________________________________________

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/sempat-hantar-sms-sebelum-gantung-diri-1.11492

Melayu OH MELAYU



Tuesday, November 22, 2011

Kes Bunuh Diri

Kebelakangan ini, kes bunuh diri sering kali didengari melalui media dan berita yang dipaparkan. Tapi apa yang lebih mengejutkan ialah peningkatan ini disumbangkan oleh kaum Melayu dan Islam. Walaupun hari ini saya tidak dapat memberikan angka yang tepat mengenai peningkatan kes bunuh diri ini kerana ianya samada tidak dibentang di Parlimen ataupun saya terlepas sesi pembentangan tersebut. Tetapi apabila dilihat dari segi laporan berita, tahun ini saja melebihi 10 kes bunuh diri yang melibatkan orang Melayu dilaporkan.

Pelbagai punca yang dilaporkan menyebabkan kes bunuh diri ini berlaku dan salah satunya yang nak diketengahkan hari ini ialah disebabkan oleh faktor ekonomi. Disebabkan kos sara hidup kini yang semakin hari semakin meningkat memberikan tekanan kepada mereka yang miskin dan mempunyai ahli keluarga yang ramai. Bagi mereka yang menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, pengurusan kewangan yang lemah dan bantuan yang terhad mendorong ke arah perbelanjaan yang tersasar dan ada juga yang menyalah guna bantuan yang diberi untuk perbelanjaan yang tidak sepatutnya dan menyebabkan mereka masih berada di takuk yang lama.

Cadangan penyelesaian masalah ini, salah satunya ialah kerjasama antara pihak berwajib seperti JKM, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), badan korporat dan sebagainya perlu menyediakan peluang pekerjaan yang stabil kepada golongan ini supaya mereka tidak selamanya bergantung kepada bantuan yang diberikan semata-mata. Mereka hendaklah berusaha untuk mengubah nasib mereka dengan peluang yang diberikan. Bak kata pepatah, jika diberi ikan,hanya sekali je dapat makan, tetapi jika diberi kail , selamanya mereka akan dapat mencari ikan bergantung kepada usahanya untuk mendapat lebih hasil. 

Selepas peluang pekerjaan yang stabil diberikan, mereka masih perlu dipantau dan diberi bimbingan. Mereka tidak boleh dibiarkan bersendirian menguruskan pekerjaan tersebut kerana ilmu dan pengalaman mereka mungkin tidak cukup untuk mengharungi keadaan yang mendatang. semoga dengan adanya bimbingan yang berterusan dapat memberi motivasi kepada mereka dan gambaran sebenar jalan yang dipilih. Harapan kita agar rakyat MALAYSIA bebas dari kemiskinan dapat dicapai dengan segera.


National Suicide Registry Malaysia :http://nsrm.gov.my/?id=271