Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, May 23, 2015

Tahniah LionsVll, Kelantan usaha lagi

Allahu Akbar...perlawanan yang mendebarkan semua penonton perlawanan Akhir Piala FA 2015. Kali pertama Piala FA menyeberangi tambak Johor. Tahniah kepada Lions dan tahniah juga kepada pasukan The Red Warriors kerana usaha keras semua malam ni. Peluang dah banyak tetapi mungkin bukan rezeki kita tahun ni. Kena kerja keras lagi untuk tahun depan..


Kemenangan Lions malam patut dilihat dari sudut yang lebih luas. Kata orang, lihat dalam sudut pandangan burung. Kita semua tahu, majoriti pemain Lions ialah pemain pelapis Singapura yang berumur bawah 24 tahun.


FAM kena lihat dengan sudut positif tentang pembangunan sukan bola sepak negara ini. Singapura malam ni telah membuktikan bahawa mereka mempunyai pemain pelapis yang cukup bagus dari segi gerakan, hantaran dan penyudah. Bila kita boleh menandingi atau sekurang-kurangnya melahirkan pelapis muda yang boleh menyaingi rentak mereka. Tu yang pakar-pakar bola pakat fikir la. Aku tak tahu apa pun pasal bola. Saja je sibuk nak komen..huhu..


Tetapi dalam permainan tadi, banyak ruang yang patut diperbaiki. Apa-apa pun Piala FA tahun dah selesai. Kita tunggu tahun depan pulak..

No comments: