Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, April 18, 2015

Pesta Benak Sri Aman 2015

Pesta Benak di Sri Aman kembali lagi. Sesiapa yang berada di sekitar Sri Aman ni boleh la berkunjung ke sini untuk melihat sendiri suasana pesta yang di adakan setiap tahun dan menjadi acara wajib dalam kalendar pelancongan Sarawak. Inilah pesta yang paling meriah di Sri Aman. Kunjungan orang ramai semasa pesta Benak melebihi hari-hari perayaan umum.













Tahun ini adalah kali ke 2 aku menjejak kaki ke pesta ini setelah hampir 5 tahun bertugas di Kuching. Walaupun selalu juga balik kampung isteri, tetapi disebabkan orang terlalu ramai dan susah nak dapat parking menyebabkan aku kurang minat nak berkunjung ke pesta seperti ini.

Tadi pun pergi sebab isteri dan terniat juga nak ambil gambar untuk dikongsi dalam blog ni. Ada la sedikit gambar yang sempat dirakam sebab tak semua tempat pun pergi jelajah tadi. Memandangkan cuaca pun agak panas kat sini, jadi sekejap je la pergi. Tu pun pergi berdua je, anak tinggal kat rumah mertua jaga.

Esok hari terakhir untuk sesiapa yang nak tengok suasana pesta kat sini.
Post a Comment