Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, April 4, 2015

Alahai GST..

Dah hampir seminggu sejak GST dikenakan mulai 1 April 2015, bukan setakat aku sahaja yang masih keliru dan pening dengan kenaikan harga barang, rupanta orang yang terpelajar pun sama. Ada juga universiti yang masih keliru tentang GST. Inikan pula orang kampung. Apa tidaknya, kebanyakan barang yang dikatakan akan turun harga selepas GST tidak pun berlaku. Sebaliknya ada peniaga yang menghentikan sementara penjualan barang dan ada juga yang tak berani untuk masukkan stok baru kerana keliru dengan harga pembekal. Yang teruk terjejas ialah barangan yang bukan kawalan. Ada sesetengah store yang menjual dengan harga yang tak munasabah.
 Petang tadi aku keluar nak beli pampers anak. Kedua-dua store yang biasa aku pergi ni, tak ada stok. Yang tinggal hanya yang paket kecil dan nampak sangat store tu tak berani nak masukkan stok baru. Terpaksa la beli juga pampers yang paket kecil tu. Erm esok kena cari di Kuching la pula. Harga pampers kat sini tadi ada penambahan harga dalam RM2-RM5 satu paket gara-gara GST. Nampaknya perbelanjaan bulan ni meningkat berbanding sebelum ini.
Erm tengok la situasi sebulan selepas ni baru tahu perbelanjaan sebenar bulanan. Masih berharap agar kerajaan mengeluar beberapa barangan penjagaan anak daripada dikenakan GST.

No comments: