Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, May 22, 2014

Kuasa

Kuasa
Ramai manusia gila kuasa
Ada yang pandai kawal, ada sebaliknya
Ada yang hilang waras dek pengekalan kuasa
Ada yang hilang pertimbangan dek teguran biasa

Di sebabkan Kuasa
Ada yang tak dapat menerima teguran walaupun ianya membina
Di anggap semua keputusannya maksum belaka
Habis seteru menjadi mangsa

Kerana Kuasa 
Ramai manusia kecewa
Hidup seharian gundah gulana
memikir cara mengejar dunia

Masalah kuasa
mengampu dan membodek berleluasa
rasuah mainan biasa
integriti entah ke mana

tak disangkal yang ok pun ramai juga
iman tebal jadi benteng berharga
nafsu serakah dapat dilumpuhkannya
mengawal diri dari terus terleka

Baliklah kepangkal jalan wahai tamak haloba
Dunia bukan tempat kekal kita
Malaikat maut hanya menunggu masa
Akhir nanti samada ke syurga atau neraka

No comments: