Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, May 5, 2014

Kriteria Kecemerlangan syarat wajib kenaikan pangkat

Guru yang layak naik pangkat secara KUP Time-Based perlu melepasi Kriteria Kecemerlangan sebelum ditawarkan gred lebih tinggi khasnya dari Gred DG29 ke DG32, DG32 ke DG34, DG34 ke DG38, DG41 ke DG44, DG 44 ke DG 48, DG48 ke DG52, dan DG52 ke DG54.
Markah LNPT guru mestilah tidak kurang dari 80% selama 3 tahun berturut.
Guru boleh merujuk kepada surat pekeliling Perkhidmatan Kriteria Kecemerlangan (Rujukan:KP(PP)0017/18/6/30 Jld.4(9) bertarikh 10 Febuari 2014 dan telah berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013.
Ada Ketua Jabatan yang cuba mengambil kesempatan dengan memberi markah LNPT kurang daripada 80% sedangkan guru tersebut telah pun cukup tempoh untuk kenaikan pangkat. Ini berlaku pada kawan saya sendiri. Menurut rekod markah LNPT guru tersebut sebelum ini, semua markah melebihi 80%. Tetapi markah tahun 2013 hanya 79.6%.
Ini adalah kes penganiayaan oleh Ketua Jabatan. Guru berhak untuk membuat laporan dengan persatuan terutama Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) atau lebih dikenali dengan NUTP atau Sarawak Teachers Union (STU) bagi guru di Sarawak.
Guru boleh membuat aduan dengan mengisi borang seperti contoh di bawah yang diambil dari Majalah Guru Malaysia edaran April 2014. KPPK mohon boring tersebut dihantar kepada Ketua Jabatan, JPN dan KPPK sendiri dalam masa 30 hari untuk tindakan lanjut.

Supaya masalah seperti yang telah berlaku kepada kawan saya di atas tadi tidak berulang, guru dinasihatkan supaya mengambil langkah proaktif untuk menyertai mana-mana kesatuan guru yang ada supaya nasib kita terbela. Jangan la sayang sangat dengan RM6 bayaran ahli. Kalau berlaku seperti diatas lagi rugi.
Satu lagi, guru simpan la semua surat tugasan mengikut tahun sebagai bukti semasa membuat aduan dengan pihak persatuan nanti. Kalau tak ada bukti susah juga persatuan nak bertindak, tetapi markah LNPT sekarang lebih senang di akses berbanding dengan tulis tangan dahulu.

Bersama kita memartabatkan profesion keguruan dan menolak manusia yang korup dan berprikebinatangan.

No comments: