Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, April 14, 2014

Tarikan Tebingan Sungai Kampung Telaga Air

Semalam aku dan famili pergi ke Kampung Telaga Air. Dah lama tak pergi sana. Last pergi dulu sebelum kelahiran anak aku.
Kampung Telaga Air yang dulunya hanya dikenali dengan kawasan perkampungan Melayu dan tempat pendaratan ikan sungai kini telah berubah wajah.
Kawasan itu sekarang telah di majukan dengan pembinaan tebingan sungai dan kemudahan awam yang lengkap.
Kini, Kampung Telaga air menjadi tumpuan samada pelancong dalam dan luar yang datang bukan setakat untuk mendapatkan pelbagai hasil sungai yang segar malah untuk memancing dan menenangkan fikiran selepas penat bekerja.
Cantik kawasan ni. Boleh rilek-rilek, tempat untuk anak main pun ada. Gambar je tak dapat nak snap banyak sebab dukung anak yang kecil. Isteri tengah jaga yang sorang lagi tengah tidur dalam kereta. Tak dapat la nak singgah lama.
Tempat ni tak jauh dari Matang. Nak ke sana pun senang je, ikut jalan raya dan arah jalan pun senang.




Post a Comment