Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, April 9, 2014

Bandar kotor

"Dalam banyak tempat saya pergi, Kota Bharu yang paling saya tidak suka kerana banyak sampah dan botol air di merata". Huh terkejut dengar pengakuan sepasang pelancong yang datang dari Belanda semasa interview mereka di Tebingan Sungai Kuching untuk menyiapkan projek bagi Kursus yang sedang diikuti di sini sekejap tadi. Malu aku rasa dengan mereka dan member yang seangkatan kerana mereka tahu aku asal sana. Dan mereka siap tanya lagi boleh ke statement tadi dimasukkan dalam report. 

Wim Hendrikx, 61 dan isterinya Diana Hendrikx, 55 telah berada di Malaysia selama 8 minggu dan akan menghabiskan minggu terakhirnya di Kuching. Sebelum ini mereka telah melawat semua negeri di semenanjung dan Sabah. Pendedahan Wim dan Diana patut di ambil iktibar oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKBBRI) agar dapat meningkatkan tahap kebersihan di bandar Kota Bharu. Pihak Majlis Daerah yang lain pun boleh bergerak dengan lebih proaktif dalam menjaga kecantikan dan kebersihan kawasan masing-masing supaya setiap pelancong yang datang ke negeri ini dapat membawa pulang pengalaman yang paling berharga dan sekaligus menjadi duta tidak rasmi kepada kita.

Rakyat Kelantan terutamanya penduduk bandar juga perlu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan ini. Kerana andalah yang selalu berada di sana. Jika anda tidak memberi kerjasama dalam hal ini, yang ruginya ialah kita sendiri. Ini kerana industri pelancongan memberi impak yang besar terhadap ekonomi. Fikir-fikirlah..jangan malukan negeri kita yang mempromosikan imej Islam dengan sampah sarap merata tempat.


Wim

Diana

Peter
Post a Comment