Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, March 25, 2014

Welcome to Wan Zack

Selamat menyertai pasukan Kelantan di ucapkan kepada Wan Zack Haikal yang baru menandatangani kontrak bersama pasukan Kelantan pada musim perpindahan ini. Di harapkan dengan kehadiran Wan Zack dapat membantu menaikkan semangat pemain sedia ada dalam dalam saingan liga tempatan dan liga AFC. Sebagai penyokong setia Kelantan, aku harapkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dapat menasihatkan semua pemain agar bersikap lebih profesional dan tidak memalukan pasukan Kelantan dengan tindakan bodoh segelintir pemain. Apa yang ditakuti ialah kesabaran penyokong yang kini boleh bersikap profesional hilang gara-gara pemain yang tidak profesional dan kurang rasional dalam mengambil tindakan. Jika keadaan ini berlaku, ia akan merugikan pihak KAFA sendiri. Kawe cadangkan agar KAFA mengambil tindakan ke atas pemain yang sengaja bertindak tidak profesional dengan mendenda mereka supaya perkara seperti itu tidak di ulangi lagi.
 
Post a Comment