Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, February 11, 2014

Visit Malaysia 2014

Kerajaan Malaysia tengah rancak mempromosikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014. Kesempatan ini seharusnya di ambil oleh Kerajaan Kelantan sebagai kesinambungan Tahun Melawat Kelantan yang lepas. Kita perlu melihat prospek pelancongan yang memberikan impak ekonomi yang tinggi kepada pendapatan negeri. Negeri kita kaya dengan keindahan flora dan fauna, tetapi sayang kerana kita kurang kesedaran sivik dan tidak menjaga keindahan tersebut dengan betul. Satu lagi aspek yang kurang diberi perhatian ialah tentang kemudahan awam terutamanya tandas. Oleh itu, kerajaan negeri perli mengambil inisiatif segera untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada supaya ia dapat meningkatkan lagi jumlah pelancong ke Kelantan. Mohon juga kerjasama pihak peniaga terutama di Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang, Bukit Bunga, Pengkalan Kubor dan Wakaf Che Yeh supaya tidak menaikkan harga barang sesuka hati kerana ia boleh memberikan kesan jangka panjang yang buruk. Kalau pelanggan boikot dan tidak lagi datang, ia akan merugikan pihak peniaga sendiri. Mulut orang dia akan bercerita dengan orang lain, akibatnya tak ada lagi orang yang nak datang disebabkan cerita barang mahal. Sekarang pun dah ada orang yang bawa cerita barangan yang dijual di Rantau Panjang mahal. Kami yang dengar pun rasa malu. Jadi,sama-samalah kita menjaga nama baik negeri kita dengab membuat perkara yang jujur dan tidak tamak. Semoga Negeri Kelantan bertambah maju, makmur dan berkat..amin..

No comments: