1) Taman Kelip-Kelip, Kampung Pulau
Terletak di Kampung Pulau, Kubang Kerian, perjalanan sejauh 7 kilometer dan mengambil masa 40 minit dari pusat bandar Kota Bharu. Pengunjung akan dibawa menyusuri Sungai Lubok sambil melihat keindahan cahaya kelip-kelip pada pokok berembang sepanjang laluan sungai. Waktu terbaik melihat panorama indah cahaya kelip-kelip adalah sekitar pukul 8 hingga 11 malam terutamanya pada musim kemarau dari bulan Februari hingga Oktober. Tempat ini ditutup pada musim tengkujuh. 2) Selam Skuba
Terdapat dua lokasi aktiviti selam skuba di perairan Kelantan iaitu Perairan Pantai Sabak dan Perairan Bachok (Pantai Senok). Di Perairan Pantai Sabak terdapatnya sebuah bangkai Kapal Jepun yang telah karam pada tahun 1941 semasa Perang Dunia II iaitu Kapal MS Awazisan Maru. Teletak di koordinat iaitu (N 06 13 822, E 102 20 270) pada kedalaman 22 meter dengan suhu sekitar 28-30 C.
Di Perairan Pantai Bachok (Pantai Senok) pula terdapatnya terumbu karang payung. Terletak di koordinat (N 06 05 587, E 102 37 872) pada kedalaman 23 meter. Suhu sekitar 28-30 C. Ia meliputi keluasan 1 kilometer persegi. Jaraknya 30 minit dengan bot laju. Terdapat juga tukun-tukun tiruan yang unik yang melambangkan identiti kebudayaan negeri Kelantan seperti beca, congkak, wau, wayang kulit dan sebagainya.
3) Lojing Highlands
Terletak 2000 meter dari paras laut dengan suhu sekitar 18° - 25°C, bersempadan dengan Pahang dan kira-kira 120 km dari bandar Gua Musang. Cuaca sederhana dan sejuk ini sangat popular untuk penanaman buah-buahan seperti anggur dan tomato.
No comments:
Post a Comment