Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, April 4, 2013

Peralihan kuasa akan berlaku secara aman

Peralihan kuasa yang dimahukan rakyat akan berlaku dalam keadaan dan tidak akan berlaku sebarang kesulitan seperti yang bermain difikiran ahli-ahli Barisan Nasional jika tidak disabotaj seperti yang berlaku di perhimpunan Bersih dahulu. Kami penyokong Pakatan Rakyat akan memastikan segala perancangan yang dibuat oleh PR berjalan dengan sempurna, lancar dan telus.

Saranan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah supaya semua pihak membantu menjamin proses pilihan raya berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram berteraskan semangat meluhurkan Perlembagaan dan mendaulatkan undang-undang disambut dengan bangga oleh penyokong Pakatan Rakyat. (http://www.sinarharian.com.my/politik/raja-nazrin-semua-pihak-perlu-bantu-jamin-pilihan-raya-aman-1.145808)

Baginda bertitah pilihan raya adalah satu proses yang memberikan hak dan peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan dan  wajib dihargai.

Kami penyokong Pakatan Rakyat juga berharap pihak lain dapat menerima keputusan pilihanraya nanti dengan tenang dan tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan keresahan dipihak rakyat yang telah membuat keputusan nanti.

Semoga peralihan kuasa berjalan lancar. Ya Allah, permudahkanlah gerakan pihak yang benar dan Kau hancurkanlah dengan memberikan kekalahan yang teruk kepada pihak yang menyusahkan rakyat Malaysia.
Post a Comment