Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, April 23, 2013

Cabaran PUTRAJAYA

Saya baru menerima mesej daripada sahabat petugas jentera Piihanraya PAS Putrajaya;

Sekadar berkongsi dengan ikhwah.

Kami dalam jentera PAS Putrajaya sudah 3-4 minggu tidak cukup tidur. Bilik Gerakan di Presint 15 sudah beberapa kali disabotaj elektriknya. Bendera yang dipasang sudah beratus-ratus yang dibuang. Semalam pula, provokasi sudah mula dibuat ke atas Pos-pos PAS. MP UMNO disini memang terkenal dengan samsengnya. Segala jentera kerajaan dan Perbadanan Putrajaya dikerah untuk mengekang kami.

Presiden Perbadanan adalah Pengerusi Kelab UMNO untuk Pesara Kerajaan. Penduduk dan pengundi pula betul-betul ditakutkan dengan notis tindakan oleh kerajaan jika mengundi atau dilihat bersimpati dengan PAS.

Ana sudah beberapa kali sejak 1995 terlibat dengan jentera pilihanraya. Ketahuilah, ini yang paling sengit, yang paling menguji kesabaran, tenaga, kesihatan & kewangan setakat ini.

Ujian dibelakang tabir jentera serta Dato Husam hanya Allah yang tahu. Ramai yang menangis bersama-sama beliau semasa doa pada hari penamaan calon kerana tahu apa yang sedang dilalui dan apa yang akan ditempuhi.

Putrajaya ini Konstantinople UMNO. Dato' Husam adalah jeneral yang terbaik, sungguh!

Yang tinggal lagi adalah kami untuk menjadi tentera yang terbaik!

Allahuakbar! Dinding Kota sudah mulai retak. Kerana itulah kita melihat dada-dada akhbar dan media utama musuh sibuk menyerang Dato Husam & PAS Putrajaya sekarang ini. Jangan lupa sentiasa doakan kami di perbatasan Kota Konstantinople ini, ya Ikhwah. Sumbangkanlah jua apa-apa masa yang ada untuk membantu.

Post a Comment