ALLAHU AKBAR..PERMUDAHKAN JALAN KEPADA KAMI UNTUK MENUKAR PEMERINTAHAN MALAYSIA KEPADA PAKATAN RAKYAT..
| Nazri Abdullah, | 29 Apr 2013 |

(Musa [dua dari kiri] bersama Tan Sri Md Hashim dalam sidang media hari ini)
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini bersetuju untuk dilantik sebagai Penasihat kepada Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).
Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini selepas bertemu dengan Pengerusi MPKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.
"InsyaAllah saya kan bantu tapi sekali lagi nak saya sebut bahawa saya tidak terlibat politik. Siapa nak nasihat saya, saya akan bagi untuk kebaikan negara dan rakyat.
"Saya akan berikan nasihat terbaik untuk menentukan tidak ada sesuatu masalah keselamatan akan berlaku daripada kedua-dua belah pihak," katanya.
Ditanya skop nasihat yang akan diberikan, beliau berkata ianya lebih kepada bagaimana untuk berkerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa.
Beliau yang juga Patron, Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) berkata, beliau sangat prihatin terhadap isu keselamatan negara dan melahirkan harapan agar proses kuasa berlaku secara aman.
Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini.
Ianya termasuk isu letupan dalam satu ceramah di Nibong Tebal serata beberapa siri perbuatan khianat ke atas markas pilihan raya kedua-dua belah pihak.
"Saya prihatin isu ini kerana kita nak pilih sebuah kerajaan dan pemimpin bukan nak bergaduh. Saya berharap penyokong tidak akan mengganggu gugat mana-mana parti yang mahu berkempen.
"Saya juga ingin menasihatkan polis agar adil dalam siasatan terhadap kedua-dua pihak, jangan ambil bahagian dalam mana-mana politikal parti," katanya.
Dalam pada itu beliau turut menasihatkan agar parti-parti yang bertanding memaklumkan kepada pihak polis untuk sebarang ceramah yang diadakan.
"Dengan ancaman letupan ini saya rasa polis perlu lebih memantau. Mungkin selepas dimaklumkan akan dibuat ceramah, polis akan menghantar anggota lebih awal untuk memastikan kawasan itu selamat untuk digunakan," katanya.



![Aku termenung disebuah 'jemore' disebuah ibukota. Mengikuti liuk lintuk daun-daun pokok 'pauh' didepan rumah aku yang ditiup angin sepo-sepoi bahasa. Hari ini, kesabaran aku diuji. Maruah keluarga aku dicalar. Air muka bangsa negeri aku dihina. Aku dan kami dihina seantero Malaysia hanya kerana aku dilahirkan di Kelantan.
Rasa sebak menggunung didalam diri dengan laporan yang dikeluarkan oleh akhbar bahasa Inggeris NST tentang isu pelacuran di negeri aku. Untungnya berada di Kuala Lumpur, walaupun pusat pelacuran Brikfields 'rumah pink' hanya dibawah stesen Monorail K.L iaitu 5 meter dari Balai Polis mereka butakan mata. Pusat pelacuran ini sudah beroperasi sehingga hampir 6 tahun , malah belum pernah keluar satu isu pun di akhbar.
Tetapi lain pula di negeri aku nun jauh di Kelantan sana. Tiada ribut, tiada angin tiba-tiba sibuk editor akhbar NST & TV3 mengeluarkan kenyataan mengenai pelacuran di Kelantan. Jika benar sekalipun aktiviti haram ini wujud, berilah fakta yang jelas untuk kami sendiri melihat adakah ia wujud ataupun hanya konspirasi BEBAL yang mahu melukakan hati rakyat Kelantan.
Hati aku terguris. Terguris dengan kebiadapan NST & TV3 yang dikuasai oleh Media Prima. Aku sedar dan insaf bahawa konglomerat media ini milik siapa. Aku seru, seluruh rakyat Kelantan kita bangun bangkit. Bangkit dalam menyapu bersih sedikit maruah rakyat negeri aku yang tercalar. Mereka kurang sedar mungkin, rakyat negeri aku ada diseluruh Malaysia,menjadi CEO GLC, menjadi Ketua Pengarah Kementerian, menjadi Usahawan terkemuka, menjadi Managing Director syarikat asing, menjadi mahasiswa paling ramai di IPTA/S. Sedarlah wahai anak bangsa kaki fitnah. Kami anak Kelantan dari jauh memerhatikan kamu, membaca gerak geri fitnah kamu. Jangan mencabar sabar kami anak Kelantan.
Kepada adik beradik aku rakyat Kelantan, kepada sahabat aku rakyat Kelantan ,kepada seluruh rakyat Kelantan,kepada Sultan ku sultan Kelantan yang zuhud bersabarlah wahai hamba Allah. Kita kini sedang diuji, diuji oleh sekumpulan manusia yang mabuk kuasa dunia. Mereka mahu menawan Kelantan, tetapi jika cara fitnah sebeginilah jalan mereka menawan Kelantan aku mohon pada ALLAH SWT supaya mereka ini tewas dimedan perang PRU13.
Ayuh anak muda Kelantan. Inilah talian hayat terakhir untuk kita bangkit menentang segala bentuk fitnah terhadap Kelantan.
Percayalah, walau sehebat manapun strategi 'Art of War' ataupun 'Niccolo Machiavali ' untuk menjatuhkan maruah anak Kelantan, ia tetap kebal. Ia kerana kami di didik dengan sebuah jati diri 'semangat anok KELATE' nun jauh di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kami berdiri teguh, memegang erat tangan antara satu sama lain. Kami kuat bukan sebab kami 'gedebe' tetapi kami kuat dengan semangat. Kami kuat dengan jiwa, jiwa kami adalah jiwa Kelantan.Percayalah, sejauh mana anda menghimpit kami , menghina kami, diskriminasi kami selagi itulah kami bangkit. Bangkit untuk menegak sebuah keadilan yang perlu bagi anak-anak kami, bakal anak-anak kami, bakal cucu kami di Kelantan sana sedar inilah kehidupan 'plastik' di bumi Malaysia.
Ambo, kawe, demo, aku, mu, kito adalah anok Kelate.
"Anda boleh membunuh 100 pemuda Kelantan, tetapi anda belum tentu mampu membunuh 1 jiwa pemuda Kelantan " - Pok Dogo
Tulisan : Pok Dogo
Eksklusif untuk I Love Kelantan
1 April 2013
8.00 Malam
via @[114944995195990:274:I ♥ KELANTAN]
[SHARE]](https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/561322_430224130402585_1098143203_n.jpg)





