Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, February 7, 2013

Papan Tanda Jalan Mengelirukan


Kelantan penuh dengan warisan budaya dan keunikannya. Ini adalah tarikan utama orang luar untuk berkunjung ke Kelantan. Kebanyakan mereka datang menggunakan pengangkutan sendiri kerana lebih mudah untuk bergerak ke sesuatu tempat. Tapi apa yang menjadi masalah dan kesulitan kepada pengunjung ialah keadaan papan tanda yang mengelirukan, tidak nampak kerana kedudukan yang rendah dan tidak menunjuk arah sehingga ke destinasi.

Perkara ini bukan setakat memberi masalah kepada pengunjung luar bahkan rakyat Kelantan sendiri yang jarang-jarang memandu di kawasan bandar amat keliru dan papan tanda arah pula hanya separuh jalan. Selepas itu dah hilang arah. Bagi yang tidak tahu jalan dah boleh tersesat. Dalam pemerhatian aku, hanya di Jajahan Gua Musang sahaja yang mempunyai papan tanda yang memudahkan.

Dalam usaha kita di Kelantan untuk menarik lebih ramai lagi pelancong luar, aspek ini perlu diberi perhatian yang serius. Jika papan tanda jalan jelas, mudah nampak, dan sampai ke destinasi, ia akan memudahkan semua pihak termasuklah pelancong  tempatan.

Amatlah diharapkan pihak kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan menaiktaraf semua papan tanda yang ada dan menambah bilangannya ditempat-tempat yang strategik dan menjadi tumpuan ramai. Semoga negeri kita dan rakyatnya akan bertambah makmur dan berkat dengan rezeki yang dilimpahkan Allah melalui jalan pelancongan.


Post a Comment