Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, February 19, 2013

JOM TUKAR


Bosan dah dengar  berita tv sekarang. Asyik-asyik benda yang sama je. Isu sebenar rakyat tak de plak dia nak peduli. Yang dimomokkan sekarang pula jika PR menang Negara huru hara. PR menang jadi macam Mesir. Macam la Malaysia ni tak de undang-undang. Boleh sesuka hati je buat rusuhan. Lagi pun, apa gunanya polis Malaysia yang ramai , apa gunanya polis Malaysia yang ramai kat luar tu? Adakah sekadar untuk mengikut telunjuk BN je? Apa guna Angkatan Tentera Malaysia kalau rusuhan berlaku? Mesti dia orang dah buat plan untuk menanganinya?

Rakyat telah belajar dari apa yang berlaku di seluruh dunia. Kita tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk Malaysia. Tidak perlu mengugut rakyat sebegitu semata-mata untuk kepentingan sendiri.Rasa bosan telah membuak-buak sekarang sebab rakyat dah nampak ketakutan BN. BN sekarang begitu pengecut tidak seperti BN dulu.

Kali ini rakyat akan menggunakan saluran yang betul untuk menjatuhkan kerajaan BN bukan ala ‘arab spring’ seperti yang dimomokkan oleh BN. Rakyat hanya menunggu Parlimen dibubarkan untuk menukar PEMEGANG AMANAH KERAJAAN MALAYSIA YANG BARU DAN LEBIH BAIK.
Post a Comment