Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, June 23, 2012

ROHM-WAKO ELECTRONICS



ROHM-Wako Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd.


ROHM-WAKO ELECTRONICS (MALAYSIA) SDN BHD
Lot 1320, Kawasan perindustrian Pengkalan Chepa II,
Padang Tembak
16100 Kota Bharu Kelantan
Tel: 09 – 7741 500
Faks: 09 – 7741 540


ROHM ditubuhkan di  Kyoto, Jepun pada 1958. Kilang ROHM-WAKO ELECTRONICS (MALAYSIA) SDN BHD di Pengkalan Chepa, Kelantan di buka tahun 1993. Produk utama yang dihasilkan di sini ialah diod dan LED. Kilang yang beralamat di Lot 1320, Kawasan perindustrian Pengkalan Chepa II, Padang Tembak ini, memberikan limpahan ekonomi yang besar khususnya di Kelantan dan Malaysia amnya.

Beruntunglah member-member yang kerja di situ. Dah la dekat dengan kampong sendiri, gaji yang di bayar pun mahal. Dengan kos hidup yang murah di Kelantan, banyak gaji dapat jimat dan boleh ditabung bagi yang berjimat. Aku ada juga try mohon kerja kat situ. Tapi tak ada rezeki.

Kilang Rohm-Wako ni antara yang terbesar di Kelantan dan memang cukup terkenal di kalangan masyarakat di sini. Ini kerana ‘hidup’nya kedai-kedai berdekatan dek kerana tempias kilang tersebut dan membuka pintu rezeki kepada penduduk setempat selain daripada rakyat negeri ini yang berkerja di situ

Semoga selepas ini, kerajaan negeri bekerja lebih kuat lagi untuk menarik pelabur luar ke Kelantan untuk merancakkan lagi ekonomi negeri sekaligus mengeluarkan Kelantan dari senarai negeri termiskin.

Post a Comment